November 7, 2009

rambut dan kenangan

MUET: Writing
People commit crime because of selfish reason. discuss.
(ad kene ngene dgn law jgk..huhu)
It's all luck people, no matter how hard you try, or study sampai lebam2 pon, luck still penting.

while reading news straits times few days before, iwas a lil bit socked, i'm sure others feel the same. that kind of hair is not propror a doc kan? at least dkt m'sia

tibe2 tringat warden time sekolah dulu. dkt pendang kot. our chief warden sgt concern pasal rambut plajar lelaki. yg klakar nye time dye marah2 tue dye ckp

"kamu pernah tgok pemimpin, or org hebat2 simpan rambut cacak-cacak macam kamu?"

sambil point dkt budak yg kebetulan ada rambut terpacak sket. which is agak betul kan, mane ada pemimpin or org ternama di malaysia yang simpan rambut2 punk etc.

but i think now we have one example..haha, even a woman but still rambut tak skema kan? if only if we know her that time, mmg da bole kalahkan warden nye hujah..haha..

i guess we should be given right to choose our own hairstyle. "don't judge a book by its cover" tak sepatutnya wujud dlm our society.

My Favourite hairstyle

from this side, he looks gorgeous!


short hair really suits him.


cute..he looks like an anime prince..manusiakah dye? (fangirls thought, not me)
(suara hati yg sdg rse bersalah ckp: indahnya ciptaan Tuhan)

p/s: court allows oppa's request. they won!

November 1, 2009

TODAW [updated]

anyeonghaseyo..
uri sashiburi..

imagine a secret agent suddenly lost his memory and he then believe himself as a real gangster..and his mission was to kill her lover's father.
it sounds interesting kan? from a gay man to a real man.. lee jun ki oppa really does his best.. they won best drama award in korea..i really like action movie, penyiasatan, cite2 cam Alias and even anime conan. really made my day! i give this drama 5 star.



What is the Time of the Dog and Wolf?

According to the French people, there is a point in time, during a day where they named it “Time of the Dog and Wolf” (heure entre chien et loup)

As the sun sets, when darkness approaches

That moment in time when one is unable to differentiate between the image one sees is a dog or a wolf

This is neither day nor does it seem to be night

If one should say that it is day, that ray of light seems too weak

Yet if this is night, it seems near impossible to identify the silhouette of objects

Under such a circumstance, the transition from light to darkness is known as “The Unknown Time”

This is the dog and the wolf, the battle between light and darkness, here, there, the time where the difference between illusion and reality lies only between a thin line.

p/s: a very meaningful title

October 28, 2009

have you guys watched this? this is seriously terrible. don't go for a flu shot. seriously don't. dying would be much more better than having to live like this kan?




October 27, 2009

ia akan datang padamu di satu saat yg kamu tk akan tahu

kematian akan menjemput kita pada bila-bila masa tanpa kita sedari. bahkan kita sentiasa diperhati oleh malaikat maut juga tanpa kita sedari. sesungguhnya mengingati mati adalah perlakuan org yg bijak.

my uncle died this evening. he's 43 yo. it's still young to die at 43 right?
it makes me wonder..
jika dia begitu, saya bagaimana pula?

Al-fatihah untuk beliau..

October 26, 2009

the king's man

i've turned into a makcik already, got new hobby, nagging. tp adik2 sy pelik sekali. still suke sy d rumah dr pergi u or ke rumah mak cik2. hmm, tp mungkin sy tahu kenapa, mereka suka buli sy and now sy tngah mengadu ney. aiyaa...........

btw, i just finished watching The King's Man or The King and The Clowns. if u want to watch sth different, i recommend this movie. it was produced in 2004 kot, da lame jgk. tp this story mmg best gle, psl love jgk tp bukan love yg normal, abnormal sket. waktu tengok lee jun ki blakon, dlm kepala mmg ayik ckp, "lee jun ki ssshi, ddo, chinca yepuda!" serius owh..kalah perempuan..no wonder people call him pretty boy, but still he is very manly. he is gorgeous, tk kisah lah as a a man or a woman, it's unfair to the rest of the population..kan?..this film pon mmg bnyk menang award and oppa rose to stardom after playing this role.



dlm cite ney, oppa and his friend da malukan raja dgn dorang nye play, tuk lepaskan diri dari hukuman gantung dorang kene buat raja ketawa. and they succeed. tapi lepas tue, episode sedih mereka bermula..

owh ya, remember King Henry of England yg banyak wives tue. ad new movie pasal dye, The Tudor. mmg tringin nak tgok tp trailer dye pon da mcm tak ley nk bernafas or bukak mata da..

October 25, 2009

expectation

lately, ija rase agak tertarik dengan ekonomi. it's very interesting, isn't it? semenjak blaja eko time part 3 ney, hati tue cam agak berminat dgn ekonomi. agak dissapointed sbb tak belajar scare meluas sgt. just basic concept. calculation pon tk bnyk, soalan exam bnyk theory je, agak tak best. suke yes tp klau nak ckp 'rase cam bole cemerlang klau blaja eko' itu mmg agk jauh la. bru blaja basic, blom msuk graph lg (i hate graph), blaja pon stakat two level economy.

tp mmg agk menarik. for the first time after two years rase cam otak berjalan balik. haha, i miss math. (kau salah pilih course ke ija?). and for the first time jugak, ija dengar budget dgn sgt tekun dan tk mengantuk sampai org lalu-lalang pandang semacam. (i was at uitm that time, and i was the only one watching it. agk malu tp pretend cam tak de org lalu time tue..huhu)

but still harap dapat law. rase cam agak pressure ble sume org yakin yg ija akan dapat law. diri ini agak takut dgn keyakinan orang. last time pon, org sekeliling yakin yg ija akan dpt result bgus for spm tp end up tak bgus sgt, then muet, end up tak jugak. so, i'm scared with expectations. but pressure is a motivation kan? oppa said this. what will happen in the future?

October 24, 2009

nasib seorang pengkhianat

mari kita lihat sejarah seorang pemimpin islam yang merosakkan bangsanya. semoga tiada lagi sejarah begini di dunia ini selepas ini baik di Malaysia mahupun di mana-mana negara islam di dunia. sejarah beliau ini sgt bgus tuk diambil pengajaran..

Mustafa Kamal Atartuk peneraju kejatuhan kerajaan khalifah Uthmaniyah

Mungkin ramai umat Islam di Malaysia yang tidak mengenal siapa sebenarnya Mustafa Kamal Atatuk dan tidak mengetahui perkara yang dilakukan oleh beliau terhadap Islam. Ramai yang menganggap beliau adalah bapa Turki Moden, seorang pejuang dan pembela umat Islam, bapa pembangunan Turki dan sebagainya. Di samping itu mungkin ramai juga yang mengatakan beliau adalah anak didik barat, pengkhianat kepada Islam dan umat Islam. Banyak penyelewengan terhadap Islam dilakukan oleh beliau. Beliau ialah Mastafa Kamal Ataturk yang diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M)



Cap mohor kerajaan Khalifah Uthmaniyah

Mustafa Kamal Atartuk semenjak sebelum berkuasa memerintah Turki dan seterusnya selepas berkuasa memerintah, beberapa perubahan drastik dilakukan oleh beliau bagi menjauhkan umat Islam dari menghayati ajaran Islam yang sebenar. Di antara perkara-perkara besar yang dilakukan selain daripada menghapuskan sistem khalifah Islamiah ialah:

a) Menandatangani Perjanjian Luzan

Pada awal abad ke-20 masihi, Mustafa Kamal Atartuk menandatangani satu perjanjian dengan Inggeris dan kuasa bersekutu barat. Dalam perjanjian tersebut, terdapat empat syarat penting yang perlu di patuhi oleh beliau iaitu:

  1. Turki perlu putuskan sebarang hubungan dengan Islam
  2. Sistem Khalifah Islamiah mesti dihapuskan
  3. Mengeluarkan atau menghapus sesiapa sahaja penyokong Khalifah dan pejuang Islam dari bumi Turki
  4. Mengguna pakai perlembagaan Turki baru (yang sekular) sebagai ganti kepada perlembagaan Turki lama (yang mengikut syariat Islam).

Jika dilihat kepada syarat-syarat perjanjian di atas jelas sekali beliau adalah anti ajaran Islam. Beliau cuba menghapuskan system Khalifah Islamiah dan tidak mahu melaksanakan syariat Islam dalam urusan pemerintahan Negara dan sekaligus mahu melaksanakan system pemerintahan secular ciptaan barat Kristian.

b) Menukar Peraturan Syariat Islam Dengan Undang-undang Barat

Setelah berkuasa, Mustafa Kamal menukar undang-undang syariat Islam dengan undang-undang Barat sedikit demi sedikit, iaitu di ambil undang-undang sivil dari Switzerland, undang-undang jinayah dari Itali, undang-undang perundangan dari Jerman dan lain-lain lagi. Apa yang dilakukan adalah satu usaha kearah mahu melaksanakan kehendak perjanjian Luzan dan bagi menghalang syariat Islam dari dilaksanakan di dalam system pemerintahan Turki.

c) Memisah Dan Mengasingkan Urusan Agama Dengan Politik Dan Negara

Mustafa Kamal merupakan seorang pemimpin Negara Islam pertama yang melakukan pemisahan antara agama dan politik. Bagi menjayakan pemisahan itu, beliau ada menyebut "Tidak ada politik dalam agama dan tidak ada agama dalam politik" Ini bererti beliau telah menerima dan malaksanakan fahaman sekular yang di ambil dari barat dalam sistem pemerintahnya. Sistem itu memang bercanggah dengan ajaran Islam. Islam satu-satunya agama yang lengkap dan sempurna, ajarannya melipuli segala urusan hidup manusia di dunia dan akhirat. Ajarannya meliputi perkara-perkara akidah, syariat dan akhlak. Ajaran Islam tidak ada pemisahan antara agama dan politik Nabi S.A.W, para sahabat, para ulama dan lain-lain lagi. Semuanya menghayati keseluruhan ajaran agama yang merangkumi ketiga-tiga perkara pokok diatas. Mereka juga kuat beribadat, berpolitik, berniaga, belajar, bersukan dan lain-lain lagi.
.

Sultan Abdul Hamid 2


d) Azan Dalam Bahasa Turki

Setelah Mustafa Kamal Atartuk berkuasa di Turkin, beliau mengeluarkan perintah kapada semua rakyat Turki Islam supaya azan dilakukan dalam bahasa Turki, iaitu ditukar azan dari bahasa Arab kepada bahasa Turki. Sedangkan azan disyariatkan oleh Rasullah S.A.W dalam bahasa Arab sebagaimana yang kita ketahui. Syariat ini berjalan semenjak dahulu sampai sekarang dan seterusnya sampai ke hari kiamat. Azan tidak boleh digunakan dalam bahasa lain selain bahasa Arab. Walaupun begitu Mustafa memaksa rakyat melakukan azan dalam bahasa Turki. Namun begitu dibeberapa tempat pedalaman umat Islam yang yakin kepada Islam tetap melakukan azan dalam bahasa Arab secara senyap-senyap bagi mengelak dari di ketahui oleh pihak berkuasa.

e) Al-Quran Dicetak Dalam Bahasa Turki

Bukan sahaja azan dipaksa supaya dilakukan dalam bahasa Turki, bahkan dipaksa supaya al-Quran dicetak dalam bahasa Turki dengan mengguna tulisan rumi. Beliau tidak mahu al-Quran ditulis dan dicetak dalam bahasa Arab sebagaimana ia diturunkan. Tindakan beliau ini merupakan satu jenayah besar dilakukan oleh beliau. Ulama Islam dahulu dan sekarang sepakat mengharamkan al-Quran ditulis dalam tulisan selain bahasa Arab.

f) Memaksa Perempuan Membuka Atau Mendedahkan Aurat.

Bagi membaratkan muslimat Turki dan menjauhkan mereka dari ajaran Islam yang sebenar, Mustafa Kamal memaksa mereka membuka hijab, mendedahkan aurat, mendedahkan kepala dan menggalakkan memakai pakaian ala wanita barat. Manakala kaum lelaki dilarang memakai tarbus dan dipaksa memakai topi keras seperti yang dipakai oleh orang barat Kristian. Dengan lama kelamaan rakyat Turki terus memakai pakaian seperti itu sehingga mereka seolah-olah oran barat.

g) Ditukar Hari Cuti Umum Kepada Hari Ahad

Kalau sebelum itu seluruh Negara Islam menjadikan cuti umum pada hari Jumaat, Mustafa Kamal merupakan pemimpin Islam pertama yang menukarkan cuti tersebut kepada hari Ahad sama seperti cuti di negeri-negeri barat Kristian. Perubahan yang dilakukan ini jelas kepada kita bahawa beliau ingin mengikut barat dan anti Islam. Itu adanya agenda beliau yang tersendiri yang sedikit sebanyak cuba menarik umat Islam Turki meniru gaya barat. Selain itu beliau juga menukar kalendar tahun Hijrah kepada kelendar tahun Masihi seperti yang diamalkan di barat. Kemudian lama-kelamaan umat Islam Turki lupa tahun Hijrah dan lupa cuti umum hari Jumaat. Akhirnya mereka lebih mesra dengan mengguna cuti hari Ahad dan mengikut kalendar tahun Masihi sehingga ke hari ini.

Demikianlah sedikit sebanyak perkara-perkara negatif yang dilakukan oleh Mustafa Kamal Atartuk sewaktu berkuasa memerintah Turki. Perubahan-perubahan negatif yang disebut di atas itu kemudiannya disambung lagi oleh pengganti beliau silih berganti sehingga akhirnya jadilah Turki sebuah negara sekular dan rakyatnya juga turut menghayati sistem atau fahaman tersebut sama seperti masyarakat barat sehingga mereka jauh dari ajaran Islam yang sebenar.

Jadi dengan sikap dan tingkah laku serta tindakan beliau sedemikian rupa adakah boleh dianggap sebagai penyelamat umat Islam Turki? Atau sebagai bapa Turki moden? Bagi penulis dengan melihat kepada perubahan-perubahan yang dilakukan itu bolehlah dikatakan beliau adalah anak didik barat, seorang pemimpin perosak dan penjenayah besar kepada agama Islam serta seorang yang kuat menentang syariat yang dibawa oleh Rasullah S.A.W secara terang-terangan.


Tugu Mustafa Kamal Artatuk yang berdiri megah

KEMATIAN KAMAL ATARTUK YANG MENYEKSAKAN

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah: 1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki di mana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung

3. Penyakit darah tinggi

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang.Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak juga hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas lalu dia sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau. Mayat ini diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turkimemandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya.

Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya(susah jenazahnya hendak masuk ke liang lahad). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke alam muzium yang diberi nama EtnaGrafi di Ankara selama 15 tahun (sehingga tahun 1953).

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 ton. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar.

Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa “jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!” Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

sources:http://www.kias.edu.my/gema4.htm
 
Designed by Lena Graphics by Marie